Ahad, 19 Disember 2010

Bidaan lelong berjaya

credit untuk fara 

Kali ni aku nak cerita pasal 'home work' yang perlu dibuat sebelum kita ambil keputusan untuk membeli rumah lelong. Aku cerita ni daripada pengalaman dan pembacaan aku. Maaf kalau ada terlebih terkurang...

 

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong atau ejen (sayalah tu :)). Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Jangan risau, utk bil TNB & Indah Water boleh tukar nama dgn bayar deposit rm200 shj. Yang lain (cth maintenance charges & cukai taksiran) bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang2 tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni (rujuk dlm POS), kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet.

 

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak, kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. FYI, hartanah lelong hanya dapat dilihat drpd luar shj. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walaubagaimanapon jika rumah tersebut tidak berkunci dan xde org, bolehla anda masuk & tengok2 apa yg patut. Boleh juga masuk dgn minta kebenaran dgn penghuni rumah (jika ada)

 

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...jujurnya saya belum pernah cek kaveat ni. Tapi saya pernah call Pejabat Tanah, katanya untuk rumah yang belum ade strata title owner x boleh letak kaveat. (Sila confirm sendiri dgn Pejabat Tanah ye…)

 

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

 

Sgt Penting! Sila register 3 hari bekerja awal (utk RHB Bank) atau satu hari bekerja awal (utk lain-lain bank) daripada tarikh rumah dilelong. Senang je nk register ni boleh emel/sms nama penuh, no IC, alamat rumah & no telefon bimbit anda ke 0197648646 untuk tujuan pendaftaran.

 

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak. Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

 

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera. Saya pon boleh tolong kenalkan dengan pegawai bank & peguam yang pernah deal dengan saya. :)

 

Begitulah serba ringkas kalau nak masuk lelong ni... Macamana? Senangkan? Jadi jangan tunggu lagi! Dapatkan rumah lelong

Rabu, 31 Disember 2008

Kawan Baru

Alhamdulliah hari ni tok ade jumpe dengan dua orang muda yang cenderung untuk belajar tentang hartanah..jadi tok pun bagi lah mereka sendikit petua..harap dapat di pakai dan dapat jadikan mereka seorang yang maju dan dihormati

Tok ki bukan ape nak sangat melayu maju..sebab baru2 ni masa tok ki di auctioneer..ramai betul bangsa2 lain yang datang..dan siap bawa anak murid sekali....
Tok pun terpikirlah kenape orang melayu tak buat dan tak mau berkongsi kejayaan..sedangkan bangsa2 lain kejar-mengejar dan ngajar- mengajar..tapi bangsa Tok dengki-mendengki dan tipu menipu..harap2 tahun Hijriah 1430 dan 2009 ni membawa sinar bahagia kepada anak bangsa Tok...

Tok rela beri ilmu apa saje kepada mereka yang sudi...ilmu aje bukan kekayaan tau...
nanti kita sambung..dah masuk asar..tok solat dulu

Ahad, 23 November 2008

BidSMART

BidSMART

1. Inspect the property first, take into consideration the condition and the environment of the housing area.
2. Check with the Land Office or developer on its condition, transferability of ownership and whether any restrictions have been imposed.
3. Read the proclamation of the auction carefully, which could be obtained from the auctioneer.
4. Prepare your bank draft of cashier's order in favour of the bank for exactly 10 percent of the reserve price. The bank draft is deposited with the auctioneer before the auction begins. If you are the successful bidder, the draft is treated as part of the deposit towards the purchase price. If you are unsuccessful, the bank draft is returned.
5. If you are planning to purchase more than one property, you must present separate cashier's order or bank draft for each property you wish to purchase.
6. Be prepared with extra cash or a Visa/Master card just in case you need to pay deposit that is higher than 10 percent of the reserve price.
7. Make an estimate of the highest bid you can afford.
8. Check the correct date and place of the auction.
9. Find out who will be responsible for paying the outstanding maintenance charges of the properties.

Khamis, 20 November 2008

Hari bertuah

Semalam 20 nov 2008,khamis...buat pertama kali aku membuat bidaan di ct plaza Jb.untuk rumah medium cost pp80,000 setelah berbulan menuntut ilmu dari otai-otai lelong terutama Abg Zul..dan juga dari rakan2 blog yang dah lama..semua step yang ko orang aja aku ikut...dengan terketar-ketar aku mendaftar..masa tu jam 2.30ptg.Waktu lelong jam 3.00ptg..tapi tak de orang..yang aku nampak mereka yang nampaknya sudah biasa..(ejenlah tu kut)...jadi aku tak berani..rase nak balik pun ade..tapi memmandangkan rasa hati dan masa yang berbulan buat study..aku beranikan diri.

Lagipun aku hanya sediakan 5% aje...dan duit lebihan yang aku bawa..malu nak cakaplah..cukup2 isi minyak kereta aje...aku beranikan diri mendaftar..lepas daftar dia bagi nombor..ooo pakai nombor rupenye....Lepas daftar ade seorang melayu mendekakai aku..tersenyum kemudian bertanya beli rumah kat mane..aku jawab area Skudai..Dia cakap dia nak bida kawasan Kota tinggi..(Selamat aku.bukan ejen).Dalam berdebar ade pulak yang datang tanye budget berape bang..mgkn faham maksudku dia terus cakap..dia staf situ..dan terus cakap yang tadi tu.kebanyakannya ejen.Terima kasihlah kerane pesanannya (abang jangan layan bila lelongan bermula)

Akhirnya buat pertama kali aku dapat bida rumah RP30,000..tahniah untuk aku...bersambung

Rabu, 19 November 2008

Persiapan Yang Anda Perlu Buat Sebelum Membida

Kekawan yang lama (mgkn dah terlupa),lebih-lebih lagi yang baru belajar bertatih..macam aku jugak...ini ade sedikit tip yang aku dapat dari orang2 lame terutama Abg Zul(Tuan Guru aku dalam Properties.Tip ini juga aku dapatkan daripada pembacaan dan juga dari forum di internet.Maka aku kongsikan..Ade antaranya tipsnya yang aku dptkan dari Abg Zul ni same dengan sumber2 lain...jadi.. pendekkan cerita aku cedok aje bulat2...(Siapa punye..jangan Marah hah..Mgkn kebetulan)

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong. Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Yang lain bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang2 tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni, kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet (kalau berbaloi).Satu lagi baca cos betul2 terutamanya pada no 12.Quit Rent &Other Outgoings

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak (rasa boleh bayarlah), kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. Agak-agak senang nak halau bolehla terus ke step 3.

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak.Lagi satu..sediakan jugak $ untuk bayar kepada pembida2 palsu..itupun kalau kita inginkan sangat properties tu... Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera.

Haaa macammana ada berani...tapi jangan takut..kalau kita sediakan patung sebelum hujan

lAGI SATU NAK BERJAYA KITA KENE LAKUKAN HARI INI APA YANG ORANG LAIN AKAN LAKUKAN LUSA

Ahad, 16 November 2008

berhati-hati bila sampai ke tempat lelongan

Pada hari lelongan suka saya menasihatkan para pembida agar tidak berbicara denagn mereka yang tidak dikenali. Ini kerana terdapat sindiket yang cuba mengacau genuine buyer. Mereka akan menyapa kita dan bertanya hartanah manakah yang ingin kita beli. Setelah mengetahui mereka akan berpura-pura ingin membeli hartanah tersebut juga. Mereka seterusnya akan mengatakan mereka sanggup mengalah jika mangsa sanggup membayar amaun tertentu yang jumlahnya biasanya beribu malah berpuluh ribu. Mereka ini akan untung di atas angin atas penipuan mereka. Tiada tindakan dapat diambil oleh Pejabat Tanah kerana mereka datang dengan syarat yang cukup seperti membawa wang deposit serta kad pengenalan.

Apabila seseorang memenangi bidaan, dia dikehendaki menyelesaikan baki harga dalam tempoh 120 hari, dan selepas itu barulah urusan pemilikan boleh dibuat.