Ahad, 16 November 2008

berhati-hati bila sampai ke tempat lelongan

Pada hari lelongan suka saya menasihatkan para pembida agar tidak berbicara denagn mereka yang tidak dikenali. Ini kerana terdapat sindiket yang cuba mengacau genuine buyer. Mereka akan menyapa kita dan bertanya hartanah manakah yang ingin kita beli. Setelah mengetahui mereka akan berpura-pura ingin membeli hartanah tersebut juga. Mereka seterusnya akan mengatakan mereka sanggup mengalah jika mangsa sanggup membayar amaun tertentu yang jumlahnya biasanya beribu malah berpuluh ribu. Mereka ini akan untung di atas angin atas penipuan mereka. Tiada tindakan dapat diambil oleh Pejabat Tanah kerana mereka datang dengan syarat yang cukup seperti membawa wang deposit serta kad pengenalan.

Apabila seseorang memenangi bidaan, dia dikehendaki menyelesaikan baki harga dalam tempoh 120 hari, dan selepas itu barulah urusan pemilikan boleh dibuat.

Tiada ulasan: