Rabu, 19 November 2008

Persiapan Yang Anda Perlu Buat Sebelum Membida

Kekawan yang lama (mgkn dah terlupa),lebih-lebih lagi yang baru belajar bertatih..macam aku jugak...ini ade sedikit tip yang aku dapat dari orang2 lame terutama Abg Zul(Tuan Guru aku dalam Properties.Tip ini juga aku dapatkan daripada pembacaan dan juga dari forum di internet.Maka aku kongsikan..Ade antaranya tipsnya yang aku dptkan dari Abg Zul ni same dengan sumber2 lain...jadi.. pendekkan cerita aku cedok aje bulat2...(Siapa punye..jangan Marah hah..Mgkn kebetulan)

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong. Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Yang lain bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang2 tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni, kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet (kalau berbaloi).Satu lagi baca cos betul2 terutamanya pada no 12.Quit Rent &Other Outgoings

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak (rasa boleh bayarlah), kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. Agak-agak senang nak halau bolehla terus ke step 3.

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak.Lagi satu..sediakan jugak $ untuk bayar kepada pembida2 palsu..itupun kalau kita inginkan sangat properties tu... Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera.

Haaa macammana ada berani...tapi jangan takut..kalau kita sediakan patung sebelum hujan

lAGI SATU NAK BERJAYA KITA KENE LAKUKAN HARI INI APA YANG ORANG LAIN AKAN LAKUKAN LUSA

Tiada ulasan: